Skim Pinjaman Peribadi Jangka Pendek dengan faedah tahunan serendah 18% (Pinjaman Tanpa Cagaran) dan 12% (Pinjaman Bercagar). Pinjaman Tanpa Cagaran adalah khas untuk Kakitangan Kerajaan, Pesara, dan Penerima Perkeso. Pinjaman Bercagar Emas hanya untuk sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas dan memiliki barangan emas.

Latar Belakang Syarikat

Ditubuhkan sejak tahun 1987 di bawah perniagaan “GUAN TEIK ENTERPRISE”

Kedai pertama dibuka di JITRA, KEDAH. Kemudian, cawangan Alor Setar, Kuala Nerang, Gurun, Sungai Petani, Kangar telah dibuka dalam tahun 1987-2004. Pada tahun 2004, GUAN TEIK ENTERPRISE (AS090995A) dinaik taraf ke status Syarikat Sendirian Berhad, yang bernama SRI GUAN TEIK ENTERPRISE SDN. BHD. (657972-U). Pada tahun 2010, SRI GUAN TEIK ENTERPRISE SDN BHD dianugerahi GOLDEN BULL AWARD 2010, yang diiktiraf oleh Ernst & Young. Pada tahun 2011, Konsep Perniagaan Kumpulan Syarikat mula ditubuhkan. Kumpulan Syarikat mendapat lesen Pemegang Pajak Gadai pada tahun 2012, iaitu PAJAK GADAI BONUS SDN. BHD. (825853-U). Pada tahun 2012 juga, Cap Dagangan (trademark) GUAN TEIK telah diperolehi. Pada tahun 2014, Sri Guan Teik Enterprise Sdn. Bhd. berjaya mendapat kelulusan Menteri bagi status CREDIT dan boleh menggunakan perkataan CREDIT pada Nama Syarikat. Justeru, ENTERPRISE ditukar nama ke CREDIT, dan menjadikan Sri Guan Teik Credit Sdn Bhd. Pada tahun 2016, Syarikat mendapat Super Excellent Brand Award, dan pada tahun 2017, Syarikat mendapat Asia Top Business Award dari segi Sektor kewangan. Pada tahun 2018, cap dagangan “PINJAM GADAI” diperolehi.

dua Cap Dagangan milikan syarikat

GuanTeik & PinjamGadai

Pada tahun 2012, cap dagangan GUAN TEIK telah diperolehi oleh Syarikat atas nama Syarikat yang sudah lama berniaga dalam bidang kewangan. Kemudian pada tahun 2018, cap dagangan PINJAM GADAI telah diperolehi oleh Syarikat. Syarikat kami merupakan Kredit Komuniti yang mempunyai dua cap dagangan berdaftar.

Kini, Syarikat kami berwajah baru dengan perkataan Pinjam Gadai yang bermaksud Pinjam Wang & Gadai Emas, di mana kedua-dua perkhidmatan boleh didapati di satu tempat. Dalam tahun 2017-2019, kesemua cawangan telah diubahsuai dengan kaunter kalis peluru dan kawalan keselamatan yang lagi kukuh bagi menjaga nama baik dan “corporate social responsibility”.

Syarikat kami merupakan kredit komuniti berlesen yang mempunyai 15 cawangan di Kedah & Perlis. Kami hanya menawarkan pinjaman kepada pelanggan yang tinggal di kawasan Kedah & Perlis sahaja. Tiada Pinjaman ONLINE yang dibuat. Pelanggan perlu melanggani kami di pejabat untuk mendapatkan pinjaman. Tiada wang pendahuluan perlu dibayar. 

Pinjam Wang

Syarikat kami hanya membuat pinjaman kecemasan atau dikenali sebagai Pendahuluan (Advance). Pinjaman Pencen untuk pesara JPA dan JHEV; Pinjaman Gaji untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun; Pinjaman Perkeso untuk golongan yang mendapat wang perkeso setiap bulan. Pinjaman Tanpa Cagaran ini adalah patuh kepada Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) di mana Jadual J ditandatangani dan dimatisetemkan.

Gadai Emas

Pinjaman bercagar emas kami juga dikenali sebagai “Gadai Emas” merupakan cagaran/sandaran/pajakan/gadaian barang emas untuk mendapatkan pinjaman. Emas 999, 965, 916, 875, 850, 835, PON, 750, 585, 375, soasa (berbatu) adalah diterima. Pinjaman Bercagar Emas ini adalah patuh kepada Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) di mana Jadual K ditandatangani dan dimatisetemkan. 

Pelanggan dihormati

Sejak bertahun-tahun semakin banyak pelanggan telah mempercayai kami. Berprofesional, bersistem, mesra pelanggan, dan tidak membebankan pelanggan. 

%

Faedah tahunan

Kadar Faedah Tahunan tidak melebihi 18% untuk Pinjaman Tanpa Cagaran dan 12% untuk Pinjaman Bercagar. (Tidak termasuk Fi Pengakusaksian dan Kos Guaman yang dipersetujui oleh Peminjam.)

Tahun Beroperasi

Dengan pengalaman kami, usah risau bahawa anda akan mendapat apa yang anda inginkan.

Lokasi

Dengan 15 lokasi yang mudah dilanggani di Kedah & Perlis, kami hanya beberapa minit dari menolong anda.

Misi & Nilai Kami

 Misi Syarikat adalah untuk memberi pinjaman micro kredit kepada komuniti di Kedah & Perlis bagi membantu masalah kewangan dan mengatasi masalah tanpa masalah.

Segala sesuatu yang kami lakukan adalah terinspirasi oleh misi kami. Kami komited untuk memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi bagi pelanggan. Kami terus berupaya untuk menciptakan nilai dan membuat perbezaan; membangunkan saat optimisme dan kebahagiaan; menjaga reputasi dan kepecayaan.

 

Keunggulan Syarikat

Kami mempunyai 15 lokasi di kawasan Kedah dan Perlis, dan boleh mudah dilanggani. Skim pinjaman berlandaskan konsep telus dan transparent. Pinjaman diberi mengikut kemampuan bayar balik. After Sales Service yang bagus dan tidak perlu ambil baki setiap bulan di pejabat.

Bersistem

Syarikat kami mempunyai perisian Pinjam Gadai yang canggih dan bersedia untuk mencetak dokumen perjanjian pinjaman tanpa cagaran dan pinjaman bercagar emas. Tiada borang kosong diberikan untuk tandatangan.

Cepat & Mudah

Sistem kami adalah cepat kerana penggunaan MYKAD reader (GMPC seperti Bank) yang didaftar dengan IRIS CORPORATION BERHAD dan Jabatan Pendaftaran Malaysia. Bayaran balik pinjaman adalah melalui Auto-Debit Bank untuk Pinjaman Tanpa Cagaran. 

Sedia Membantu

Syarikat kami telah membantu melebihi 50,000 pelanggan di mana database kami telah merekodkannya. Kami mempunyai Pejabat yang berlesen dan pinjaman diluluskan di pejabat.

Imej Korporat

Syarikat kami amat tumpu terhadap Imej Korporate dan Tanggungjawab Sosial Korporat. Toll Free number 1800-22-1199 didaftarkan supaya pelanggan boleh mendapatkan kami tanpa membayar caj telefon. Syarikat telah mendapat Golden Bull Award 2010, Super Brand Award dan Top Business Award.

daftar

Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut, isi borang ini dan kami akan menghubungi anda tidak lama lagi

1 + 7 =

Pinjam Gadai

PG | Pinjam Gadai | Pinjam Wang & Gadai Emas merupakan cap dagangan yang diluluskan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia kepada Syarikat kami. Maksud perkataan baru ini merupakan gabungan perkhidmatan pinjam wang dan gadai emas. Syarikat kami mempunyai 15 lesen kredit komuniti yang diisukan oleh Biro Kawalan Kredit Komuniti, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mematuhi Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) dan peraturan-peraturannya. Nombor Lesen dan Permit Iklan untuk setiap pejabat boleh di dapati di Lokasi Kami.

Hubungi

Panggillah Kami

1800-22-1199
info@pinjamgadai.com.my

Waktu Operasi:

9.00 pagi – 6.00 petang.

(Cuti pada Hari Jumaat dan Cuti Umum)